Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Sometimes

Sometimes I just hoped that the world Is still filled with beautiful people In and out At times I'm pointing at others Hoping that they'll realize That it was their mistakes And would then beg For apology Even if That really wasn't what I want Sometimes I just think That all things happened with His will So I'll take my stand Firmly And whispers them strongly To my own heart Just so No one can ever get hurt by my uttered words At times I still think That what I did before Affects how people treat me now Or even in the future That's still untold And in the end Even when it's hard to stay true to your principles Make sure that You Include Allah in your every acts, decisions, words What more When 'those' become the mirror to your souls 15/11/2019 18:18

Mengalah bukan bererti

Mengalah bukan bererti menyerah, Terusan jangan berpatah, Biar lelah kerana jerih dan payah, Agar punya nilai yang bisa dipersembah, Ujian akan hadir tanpa amaran, Tidak pula hadir tanpa penyelesaian, Akan tetapi jika kamu terburuan, Ujian itu bisa menjatuhkan, Genggamlah cengkamlah, Segala kekuatan & kesabaran yang tersisa, Segala sinar & harapan yang dikurnia, Semoga saatnya akan hadir pabila, Kau kembali sedar bahawa ia, Arah tuju palsu semata. 20/4/2019 23:32

Sakit

Sakit Bilamana hati ini sedar Yang sekerap mana ia ditarbiyyah Masih terlalu banyak lompong dosa Masih terlalu banyak amanah yg tak terjaga Masih terlalu banyak maksiat yg aku dekati Dan masih terlalu banyak ilmu yg dibiarkan tanpa amalan Ampunkan aku Ya Allah Atas asbab lalai dan leka dgn tipu daya dunia Atas asbab terlalu selesa dgn dosa Atas asbab lupa peritnya azab neraka Atas asbab yakin yang dunia ini selamanya Ampunkan aku Ya Allah Atas kelemahan iman di dada Atas ketidaksungguhan meninggalkan dosa Atas doa-doa yang di bibir sahaja Atas kurangnya usaha dalam memperbaiki akhlak Juga atas ketika-ketika di mana aku Disibukkan dengan nikmatnya maksiat Sehingga aku lupa manisnya mentaatiMu 30/3/2019 00:17

Cuba nanti

Cuba nanti Tatkala sibuk mengurus perihal kerja, Kau jadi mencari tak henti, Sedang dulu bila ada, Kau tak reti menghargai. Cuba nanti Sahabat yang dahulu sibuk membingit, Mengingatkan kamu tentang dosa, Mengingatkan kamu tentang neraka, Mengingatkan kamu tentang mati, Hilang, Hilang dari capaian hatimu. Cuba nanti Sahabat yang menitiskan airmatanya kerana kamu, Kerana terlalu sayangkan kamu, Kerana mahu jirannya di syurga itu kamu, Pergi, Pergi jauh dari hidup kamu, Pergi yang tak akan kembali. Masa itu, Sesal sudah tiada erti. Sementara ada, hargai, Sahabat itu, tiada pengganti! 4/3/2019 16:49

Maka

Maka Mana mungkin Kau harap manusia Seperti sangkaanmu Sedangkan Manusia penuh kepuraan Manusia penuh helahan Manusia penuh kesulitan Tapi Itu tidak bermakna Kau punya alasan Untuk lari dari komitmen Kerana yang memilih untuk memulai Tidak wajar pergi di pertengahan Tapi harus kekal hingga penghabisan #nukilanuntukmasahadapan #agarlebihberingatdengansekeliling #semogadijauhkandariujiansebeginilagi Kasar untuk aku kata Kau langsung tiada kontribusi Tapi apa daya kendiri Saat teruji dengan emosi Ya, aku tahu tempatku Malah Aku mengaku kesalahanku Tapi aku tambah kecewa Kerana kau masih fikir kau betul Sedangkan Terlalu banyak Lompang-lompang kosong Yang kau tebuk Sedalam-dalamnya Di hati aku Yang tiada ruang kemaafan untukmu 11/1/2019 18:05

Percaya

Percaya, Setiap detik punya cerita, Nukilan oleh Maha Sempurna, Biarpun pahit hakikatnya, Pasti terselit hikmah semua. Usah lazimi banyak bertanya, Tentang tafsiran setiap frasa, Apatah lagi mengeluh cuma, Sedang kautahu asas sempurna, Tiada satu pun cacat celanya. #nomanisanisland #kitajugabanyaklubangkekurangan Pandanglah manusia dengan mata lebah yakni yang terlihat cuma manis & sedap madunya sahaja 29/12/18 22:58