Skip to main content

Cuba nanti

Cuba nanti
Tatkala sibuk mengurus perihal kerja,
Kau jadi mencari tak henti,
Sedang dulu bila ada,
Kau tak reti menghargai.

Cuba nanti
Sahabat yang dahulu sibuk membingit,
Mengingatkan kamu tentang dosa,
Mengingatkan kamu tentang neraka,
Mengingatkan kamu tentang mati,
Hilang,
Hilang dari capaian hatimu.

Cuba nanti
Sahabat yang menitiskan airmatanya kerana kamu,
Kerana terlalu sayangkan kamu,
Kerana mahu jirannya di syurga itu kamu,
Pergi,
Pergi jauh dari hidup kamu,
Pergi yang tak akan kembali.

Masa itu,
Sesal sudah tiada erti.

Sementara ada, hargai,
Sahabat itu, tiada pengganti!

4/3/2019 16:49

Comments